fbpx

Apakah Setiausaha Korporat? Adakah Anda Memerlukan Perkhidmatannya?

Salah satu model perniagaan yang biasa di Malaysia ialah Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Jenis syarikat ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Akta Syarikat 2016. Menurut peraturan mandatori, pendaftaran Sendirian Berhad wajib disempurnakan oleh setiausaha korporat yang berkelayakan.

Apakah peranan setiausaha korporat? Tugas setiausaha korporat sering disalah anggap sebagai mengarkibkan fail sahaja. Sebenarnya, ia memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat kepada korporat dan agensi kawal selia, serta memastikan Akta Syarikat dipatuhi dengan berkesan.

Adakah anda memerlukan setiausaha korporat untuk penubuhan Sdn.Bhd.? Jawapannya, ya. Setiausaha korporat bukan kerja teknikal yang tegar, dan hanya anggota badan profesional atau mereka yang memegang lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berkompeten. Berikut adalah beberapa tugas utama setiausaha korporat.

Perkara berkanun dan pematuhan

Setiausaha syarikat mesti jelas dengan peruntukan di dalam Memorandum dan Artikel Persatuan bagi syarikat untuk memastikan korporat anda menjalankan tanggungjawab di bawah Akta Syarikat. Ia perlu mengesahkan semua dokumen korporat untuk membolehkan dokumen tersebut diterima dan sah di sisi undang-undang.

Penghubung rasmi

Setiausaha korporat bertindak sebagai penghubung antara korporat anda dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ia mengendalikan semua perkara berkaitan dengan akta. Di samping itu, setiausaha korporat juga perlu memastikan bahawa maklumat korporat disimpan dalam rekod, termasuk semua pindaan atau perubahan.

Kemukakan perisytiharan tahunan

Setiausaha korporat perlu bertanggungjawab untuk semua tarikh tutup dan dokumen penting, terutamanya melengkap dan menyerahkan dokumen sebelum tarikh tutup yang ditentukan, misalnya akaun beraudit, penyata tahunan dan lain-lain untuk memastikan bahawa korporat anda bebas dari penalti kelewatan.

Memberi perundingan profesional

Setiausaha korporat ditugaskan untuk memberi peringatan serta nasihat dari masa ke semasa kepada Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham korporat anda mengikut kehendak Akta Syarikat 2016, misalnya perakaunan dan penyata kewangan. Di samping itu, ia juga akan memerhati pegumunan pengawal selia dan memberi nasihat berdasarkan kemas kini yang berkaitan dengan korporat Malaysia.

Setiausaha korporat merupakan tulang belakang yang mewujudkan korporat bagi usahawan tempatan dan asing. Penubuhan korporat bukanlah perkara yang mudah, dimana setiausaha korporat yang anda lantik mestilah memahami semua kewajipan dan melaksanakannya berdasarkan kepentingan korporat anda. Jika anda sedang mencari setiausaha korporat yang boleh dipercayai, CORPSO boleh membantu anda menyingkirkan semua masalah. Dengan adanya bantuan kami, anda pasti dapat mengembangkan perniagaan anda dengan lebih berkesan.

Share your love