fbpx

Syarikat Sendirian Berhad vs Pemilikan Tunggal

Menurut statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak 43,998 syarikat dan 389,915 perniagaan telah ditubuhkan pada tahun 2020. Pemilikan tunggal dan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) adalah jenis struktur perniagaan yang paling biasa di Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-duanya memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.

 

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Menurut Akta Syarikat 2016, penubuhan syarikat sendirian berhad hanya memerlukan sekurang-kurangnya seorang pengarah dan seorang pemegang saham dan bukannya dua yang dinyatakan dalam akta sebelumnya. Nilai saham minimum setara juga telah dikurangkan daripada RM1.00 kepada RM0.01. Oleh itu, pemilik syarikat boleh memulakan perniagaan mereka dengan lebih senang, disebabkan modal penubuhan yang lebih rendah, dan saham yang diperolehi juga lebih banyak.

Had pegangan ekuiti asing di Malaysia amat rendah. Pelabur asing yang bertaraf status Pemastautin Tetap (PR) Malaysia boleh mempunyai kesemua hak milik sesebuah syarikat swasta terhad.

 

Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad

Kebanyakan syarikat yang baru ditubuh berhak untuk mendapatkan insentif cukai. Pada 2 tahun pertama daripada penubuhannya, mereka boleh menikmati sama ada pengecualian cukai sebanyak 70 hingga 100 peratus atau potongan cukai sebanyak RM20,000. 

Dengan adanya pengedaran pelbagai jenis saham serta jaminan kewangan daripada juruaudit kepada para pelabur, menjadikan proses pengumpulan dana lebih senang. Yang paling penting, liabiliti terhad telah memberikan perlindungan kewangan dan aset peribadi kepada pemilik syarikat dan pemegang saham atas sebarang kerugian atau hutang perniagaan.

 

Kelemahan Syarikat Sendirian Berhad

Penubuhan syarikat sendirian berhad memerlukan kos penubuhan yang lebih tinggi. Tambahan pula, lebih banyak usaha diperlukan untuk mematuhi undang-undang Akta Syarikat 2016. Selain itu, hal ehwal dan maklumat syarikat dapat diakses oleh orang awam.

 

Pemilikan Tunggal (Perusahaan)

Kami menyaksikan lebih daripada 350,000 pemilikan tunggal ditubuhkan pada tahun 2020. Namun, sejak pencetusan wabak Covid-19, ramai peniaga tradisional telah mengalihkan perniagaan ke Internet. Dalam tempoh ini, permintaan yang tinggi terhadap topeng muka, sanitizer, dan bahan makanan telah menyebabkan peningkatan jumlah pemilikan tunggal. 

 

Kelebihan Pemilikan Tunggal

Kos penubuhan sesebuah pemilikan tunggal adalah lebih rendah berbanding dengan syarikat sendirian berhad. Usaha yang diperlukan untuk mematuhi undang-undang Akta Syarikat 2016 juga lebih rendah, dan cukai yang dikenakan hanya berdasarkan pendapatan syarikat. 

 

Kelemahan Pemilikan Tunggal

Liabiliti yang tidak terhad bermakna jika syarikat mengalami sebarang kerugian, pemilik perlu menanggung sendiri semua hutang perniagaan, dan mungkin akan membayar hutang dengan aset peribadi. Selain itu, pengumpulan dana susah dicapai kerana saham tidak dapat diedarkan. Kadar cukai pendapatan peribadi anda juga akan lebih tinggi. Di Malaysia, pelaburan asing terhadap pemilikan tunggal atau perkongsian adalah tidak dibenarkan.

 

Dengan ikhlasnya, kami berharap artikel ini dapat membantu anda memahami perbezaan antara Syarikat Sdn. Bhd. dan Pemilikan Tunggal. Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk mendaftar syarikat baharu, jangan meragu-ragu untuk menghubungi kami.

 

Share your love