fbpx

Panduan Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Di Malaysia

Menurut statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak 3,635 syarikat tempatan telah diperbadankan pada Januari 2021. Syarikat Sendirian Berhad  (Sdn. Bhd.) merupakan struktur perniagaan yang paling biasa didaftarkan. Berdasarkan versi Akta Syarikat yang dikemaskini pada tahun 2016, syarat minimum untuk memperbadankan sebuah syarikat telah dikurangkan. Hal ini telah menggalakkan ramai usahawan memulakan perniagaan mereka.

 

Siapakah yang boleh mendaftar syarikat Sdn. Bhd.?

Seorang pengarah dan seorang pemegang saham adalah diperlukan untuk mendaftar sebuah syarikat Sdn. Bhd.. Orang yang sama boleh bertindak sebagai pengarah syarikat dan pemegang saham, dan umurnya mestilah sekurang-kurangnya 18 tahun, sebagai warganegara Malaysia, dan tidak pernah hilang kelayakan di bawah Akta Syarikat 2016 Seksyen 298.

 

Apakah dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar syarikat Sdn. Bhd.?

Anda perlu menyediakan maklumat seperti: nama syarikat yang dicadangkan, sifat dan keterangan perniagaan, maklumat pengarah syarikat dan pemegang saham, alamat perniagaan dan alamat berdaftar, dan modal berbayar. Selain itu, kad pengenalan dan surat kebenaran diperlukan jika nama yang anda cadangkan adalah tanda dagangan atau serupa dengan pilihan yang sedia ada.

 

Berapakah amaun diperlukan untuk pendaftaran syarikat Sdn. Bhd.?

Terdapat tiga (3) jenis bayaran yang perlu anda sediakan untuk pendaftaran syarikat anda; iaitu modal berbayar, yuran pendaftaran, dan bayaran kesetiausahaan syarikat.

Berita baiknya adalah modal berbayar minimum untuk mendaftar sebuah syarikat Shd. Bhd. adalah RM1. SSM mengenakan caj yuran pendaftaran syarikat degan RM1,010 sahaja. Bagi bayaran kesetiausahaan syarikat pula, ia berbeza dengan syarikat kesetiausahaan yang anda pilih.

 

Berapakah lama diperlukan untuk proses pemerbadanan sebuah syarikat?

Secara umumnya, satu (1) hari bekerja adalah diperlukan selepas penyerahan nama syarikat yang dicadangkan ke SSM. Selepas kelulusan nama syarikat oleh SSM, semua dokumen pemerbadanan mesti diserahkan kepada SSM dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari dari tarikh kelulusan.

 

Apakah langkah seterusnya selepas pemerbadanan sebuah syarikat Sdn. Bhd.?

Anda dikehendaki membeli Sijil Perakuan Pemerbadanan Perniagaan anda (Borang Seksyen 17) dengan harga RM25.30 dan melantik Setiausaha Syarikat dalam masa tiga puluh (30) hari dari hari pendaftaran. Manakala pemfailan Perlembagaan dengan SSM adalah tidak diwajibkan.

Secara keseluruhan, proses pemerbadanan syarikat yang lengkap memerlukan satu (1) hingga tiga (3) hari bekerja, bergantung kepada keberkesanan pelbagai pihak yang terlibat.

 

Adakah tindakan yang diperlukan selepas pemerbadanan syarikat?

Anda mestilah melantik juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu, kerana anda perlu membekalkan akaun yang diaudit kepada pemegang saham sebelum mesyuarat agung tahunan (Hanya terpakai untuk syarikat awam).

Seterusnya, anda diminta untuk menghantar laporan tahunan kepada SSM. Penyata tahunan mesti dihantar kepada SSM dalam masa tiga puluh (30) hari dari ulang tahun pemerbadanan syarikat anda.

Selain itu, anda diminta untuk membuka akaun bank untuk pendaftaran nombor Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Anda juga perlu mendaftarkan nombor cukai pendapatan dan nombor Bayar Seperti Anda Dapatkan (PAYE) melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Anda juga harus mendaftar di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam masa tujuh (7) hari dari pengupahan pekerja yang pertama.

Akhir sekali, semua majikan mesti mendaftar untuk keselamatan sosial di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

 

Sebab-sebab memperbadankan syarikat di Malaysia

  • Proses Pemerbadanan yang Cepat dan Mudah

Pemerbadanan sesebuah syarikat hanya memerlukan beberapa hari sahaja. Keseluruhan proses dijalankan secara dalam talian di platform MyCOID SSM.

  • Syarat Pemerbadanan Minimum

Hanya seorang (1) pengarah dan seorang (1) pemegang saham diperlukan untuk memperbadankan syarikat; orang yang sama boleh bertindak sebagai pengarah syarikat dan pemegang saham. Modal berbayar minimum untuk pendaftaran syarikat hanyalah RM1 sahaja.

  • Cukai Korporat Rendah

Sebilangan besar pemilik perniagaan membayar cukai korporat pada kadar 24%, yang telah ditetapkan; manakala kadar cukai 17% dikenakan ke atas Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan modal berbayarnya kurang daripada RM2.5 juta. Kadar cukai pendapatan peribadi maksimum adalah 30%.

Seorang pemilik perniagaan warga asing boleh dikecualikan membayar cukai berganda kerana Malaysia telah menandatangani perjanjian percukaian berganda dengan pelbagai negara asing.

  • Insentif Kerajaan

Untuk meningkatkan ekonomi Malaysia, kerajaan telah melaksanakan dasar perdagangan yang berhemat, pengecualian cukai, subsidi upah, pinjaman, dan program geran perkembangan perniagaan.

  • Lokasi Strategik & Kolam Bakat

Malaysia adalah salah satu negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), mempunyai hubungan yang rapat dengan pasaran baharu di Asia. Ia dilengkapi dengan kolam bakat yang mantap dan infrastruktur bertaraf dunia, membolehkannya menjadi hab perniagaan serantau Asia Tenggara.

 

Peringatan Mesra untuk Pelabur Asing

Pelabur asing dibenarkan memiliki syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.) di Malaysia dengan modal berbayar minimum RM500,000.

Untuk menjadi pengarah dan pemegang saham tunggal syarikat Sdn. Bhd., pelabur asing harus bertaraf pemastautin tetap (PR) Malaysia, jika tidak, pelantikan seorang rakyat Malaysia sebagai pengarah tempatan adalah diperlukan.

 

Adakah syarikat anda mesti mempunyai seorang setiausaha korporat?

Ya, sebuah syarikat Sdn. Bhd. wajib melantik seorang setiausaha syarikat bertauliah yang diiktiraf oleh SSM. Oleh itu, syarikat anda dapat memenuhi peraturan yang ditetapkan, dan pendaftaran tersebut akan dianggap selesai.

Setiausaha syarikat akan melaksanakan tugas-tugas berikut untuk syarikat anda:

  • Bantuan dalam pendaftaran syarikat
  • Penyediaan perundingan undang-undang dan peraturan syarikat
  • Penyediaan dan penyimpanan laporan keuntungan tahunan dan penyata kewangan
  • Melaksanakan tugas pelantikan
  • Penyediaan minit mesyuarat dan ketetapan bertulis mesyuarat dewan dan sebagainya.

 

Langkah-langkah untuk mendaftarkan syarikat Sdn. Bhd. anda melalui portal MyCoID:

1)Daftarkan Akaun

Daftarkan akaun sebagai pengguna individu di portal MyCoID. 

2)Aktifkan Akaun Anda

Setelah anda mengaktifkan akaun anda, emel akan dihantar kepada anda dengan arahan pengesahan pendaftaran anda. Anda diminta untuk mengunjungi kaunter SSM terdekat untuk menyelesaikan langkah ini.

3)Terima Emel Kelayakan Masuk

Anda akan menerima emel mengenai kelayakan masuk portal MyCoID anda, dan anda perlu mencipta nama pengguna dan kata laluan baharu.

4)Semak Nama Syarikat yang Anda Cadangkan

Anda boleh menyemak nama syarikat yang dicadangkan melalui Aplikasi (Direct Incorporation) di halaman utama portal MyCoID. Sekiranya nama yang anda masukkan telah diambil, dicadang, atau mengandungi kata-kata yang tidak wajar, anda tidak dibenarkan meneruskan.

Klik sini untuk membaca Garis Panduan Pendaftaran Nama Perniagaan:

https://www.ssm.com.my/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/Registration/Guidelines%20for%20Business%20Name%20Application.pdf 

5)Isi Maklumat Lain

Isikan tujuan, jenis, dan subjenis syarikat anda di bawah carian nama.

6)Terangkan Nama Syarikat Cadangan Anda 

Anda perlu menerangkan maksud nama syarikat yang anda cadangkan dalam Borang Teras atau Super (Seksyen 14). Sekiranya nama yang dicadangkan terdapat kata-kata terkawal atau tanda dagangan, anda harus mendapatkan surat kebenaran daripada pihak berkuasa.

7)Pilih Kod dan Penerangan Perniagaan Anda

Anda perlu memilih kod perniagaan yang sesuai dengan perniagaan anda dan memberikan penerangan perniagaan yang tepat. Anda juga diminta untuk memberikan alamat berdaftar dan alamat perniagaan syarikat anda.

Rujuk Kod MSIC SSM di sini:

https://www.ssm.com.my/Pages/Publication/SSM%20MSIC%20Code/ROC/SSM%20MSIC%202008%20CODE%20-%20ROC.pdf 

8)Isi Maklumat Pengarah dan Pemegang Saham

Anda akan menjadi pengarah dan pemegang saham syarikat anda secara lalai. Penambahan pengarah dan pemegang saham lain boleh dijalankan berdasarkan keperluan anda. Selain itu, anda perlu mendedahkan sama ada pekerja syarikat anda termasuk dalam bahagian Maklumat kepada Agensi.

9)Hantarkan Permohonan Anda

Hantarkan permohonan anda setelah menyemak semua butiran di halaman pratonton.

10)Membuat bayaran

Anda akan diarahkan ke halaman bayaran setelah menyelesaikan permohonan. Setelah anda menjelaskan bayaran pendaftaran sebanyak RM1,010, resit transaksi akan dikeluarkan.

11)Terima Notis Pendaftaran

Notis pendaftaran (Seksyen 15) akan dihantar kepada anda sebagai bukti pendaftaran melalui emel. Ia akan sampai dalam satu (1) hari bekerja, setelah mendapat kelulusan daripada SSM.

  • Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh dibeli melalui https://www.mydata-ssm.com.my/home dengan harga RM25.30.
  • Harap maklum bahawa SSM berhak mempersoalkan aplikasi emel anda. Namun, anda dibenarkan mengedit dan menghantar semula permohonan.

Terlalu sibuk untuk melawat kaunter SSM bagi pengesahan akaun MyCoID? Jaga keselamatan anda dan selesaikan pengesahan akaun di tempat anda! Serahkan semua kerumitan kepada kami:

  1. Layari https://www.corpso.com/my/ . Di sebelah kanan atas halaman utama, klik Daftar Syarikat. Anda boleh memeriksa ketersediaan nama syarikat yang anda inginkan melalui sistem kami.
  2. Klik Mula Sekarang jika nama syarikat yang anda cadangkan tersedia untuk teruskan pendaftaran dengan kami.
  3. Pilih pelan yang diinginkan untuk menempah nama syarikat kegemaran anda.
  4. Semak pesanan anda, baca dan bersetuju dengan terma perkhidmatan CORPSO.
  5. Daftar akaun di CORPSO untuk mendapatkan status kemaskini daripada pihak kami.
  6. Isi maklumat perniagaan anda, termasuk maklumat pengarah dan pemegang saham anda.
  7. Anda akan menerima invois bayaran setelah penghantaran maklumat.
  8. Setelah pembayaran, semua pengarah dan pemegang saham akan menerima emel untuk melaksanakan e-KYC.
  9. Anda akan menerima emel memaklumkan bahawa CORPSO akan mendaftarkan syarikat anda.
  10.  Setelah pendaftaran anda diluluskan oleh SSM, semua pengarah dan pemegang saham akan menerima emel mengenai pendaftaran tersebut.

Harap maklum bahawa anda perlu melantik seorang setiausaha syarikat dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pertama syarikat anda diperbadankan. Perlukan bantuan pendaftaran untuk syarikat anda? CORPSO bersiap sedia untuk mengambil alih semua dokumen manual anda serta memastikan syarikat anda memenuhi semua syarat dan peraturan.

Share your love