fbpx

Manfaat Menubuhkan Syarikat Baharu semasa Pandemik 【Pakej Rangsangan Penjana】

Pada Jun 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjangka pendek. Dalam pakej ini, salah satu potongan cukai hanya dapat dinikmati oleh semua perusahaan kecil dan sederhana yang baru ditubuhkan. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai usahawan menubuhkan syarikat baharu di Malaysia.

 

Apakah tawaran istimewa?

Perusahaan kecil dan sederhana yang baru ditubuhkan dapat menikmati rebat cukai sebanyak RM 20,000 bagi tiga tahun pertama.

 

Siapakah yang boleh menikmati tawaran ini? 

Syarikat Sdn. Bhd. yang telah melengkapkan pendaftaran pada tarikh 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2021.

 

Apakah prasyarat lain untuk menikmati tawaran tersebut?

1)Berdaftar sebagai syarikat Sdn. Bhd. (perusahaan kecil dan sederhana)

2)Modal berbayar sebanyak RM 2.5 juta atau ke bawah, dan jualan tahunan yang tidak melebihi RM50 juta

3)Jumlah rebat cukai adalah sama dengan perbelanjaan operasi syarikat, atau ia boleh dijadikan sebagai kos pembelian aset tetap. Jumlah rebat maksimum adalah RM20,000

Contohnya, jika seseorang usahawan membeli aset tetap sebanyak RM10,000, dia boleh dikecualikan cukai yang berjumlah RM10,000. Jikalau aset tetap yang dibeli melebihi RM20,000, selebihnya akan ditanggung oleh mereka sendiri.

4) Rebat cukai yang tidak dapat digunakan pada tahun semasa tidak boleh dibawa ke tahun hadapan

5)Syarikat baharu mesti beroperasi dengan kilang, peralatan dan kemudahan milik tunggal. Kesemua yang ternyata di atas tidak boleh dipinjam atau dipindah daripada syarikat-syarikat sedia ada atau yang berkaitan

 

Di samping itu, kerajaan juga telah melancarkan beberapa program revitalisasi ekonomi yang berkaitan:

  • Kerajaan telah mengecualikan duti setem ke atas dokumen penggabungan dan pemerolehan syarikat, hal ini dapat meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana. Manfaat ini hanya boleh dinikmati oleh transaksi yang dilengkapkan pada tarikh 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021
  • Bagi peniaga yang ingin mengubahsuai premis perniagaan, mereka boleh mendapat potongan cukai khas untuk pengubahsuaian dan pembaharuan (R&R) sehingga 31 Disember 2021.
  • Sekiranya perniagaan anda ingin memasang dan menguji perisian atau program baharu, kerajaan telah memperuntukkan RM80 juta, demi pengembangan Sandbox inovasi dan penggunaan teknologi baharu sebagai alat penyelesaian yang berteknologi baharu

Tunggu apa lagi? Jadikan krisis sebagai peluang. Sekarang adalah masa terbaik untuk menubuhkan sebuah syarikat Sdn. Bhd.! Untuk perjalanan ke arah pendaftaran syarikat yang lebih lancar, lantiklah setiausaha dalam talian dari CORPSO hari ini!

Klik sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai PERMEKASA, yang merupakan Pakej Rangsangan PKS dan Perusahaan Mikro.

Share your love