Cara Penubuhan Syarikat pada Peringkat Awal
Pada peringkat awal penubuhan syarikat Sdn. Bhd., kebanyakan orang tidak mempunyai masa untuk menguruskan dokumen-dokumen pendaftaran yang rumit. Walaupun terdapat ribuan setiausaha korporat di pasaran, tetapi perbandingan harga, perkhidmatan, dan reputasi juga mengambil masa. Inilah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang ketika menubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
Apabila semua persediaan telah diatur, langkah pertama yang Anda perlu ambil ialah melantik setiausaha korporat. Mengikut Akta Syarikat 2016, syarikat Sdn. Bhd. wajib melantik setiausaha korporat untuk menyempurnakan prosedur pendaftaran. Apakah sebabnya? Anda akan memahami betapa pentingnya setiausaha korporat setelah membaca prosedur di bawah.
Pada peringkat pertama, setiausaha korporat akan mencari nama syarikat yang unik untuk anda. Proses ini biasanya mengambil masa 1 hingga 2 jam. Nama syarikat yang boleh diguna akan disimpan selama 30 hari (bermula pada hari kelulusan). Selepas itu, setiausaha korporat akan mengisi pelbagai borang dan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Setelah nama syarikat diluluskan oleh SSM, setiausaha korporat akan menyiapkan semua dokumen pendaftaran serta memastikan semua maklumat betul dan lengkap. Selepas itu, ia akan menyerahkannya kepada SSM dalam masa 30 hari setelah ditandatangani oleh pengarah dan pemegang saham. Apabila semua dokumen pendaftaran diluluskan, SSM akan mengeluarkan sijil pendaftaran dan syarikat anda telah ditubuhkan secara rasmi! Walau bagaimanapun, tanggungjawab setiausaha korporat tidak terhad kepada tugas-tugas ini sahaja. Ia perlu mengingatkan dan membantu anda untuk menyerahkan penyata akhir tahun dan akaun yang diaudit tepat pada waktunya, serta menyiapkan minit mesyuarat, memberi perundingan dan nasihat profesional mengenai perundangan yang berkaitan.
Setelah membaca prosedur di atas, adakah anda bersetuju bahawa pembantu yang baik boleh menyenangkan proses penubuhan syarikat Sdn. Bhd.? Tetapi bagaimanakah memilih setiausaha korporat?
Pilihlah setiausaha korporat yang profesional dan boleh dipercayai supaya proses pendaftaran dan penyelenggaraan berjalan secara lancar. Dalam hal ini, CORPSO yang menyediakan pendaftaran syarikat dalam talian boleh membantu anda menjimatkan masa dan usaha. Melalui beberapa klik di aplikasi telefon atau laman web, Anda tidak perlu pergi ke pejabatnya untuk menandatangani dan menyerah dokumen. Selain itu, CORPSO juga menyediakan perkhidmatan aplikasi visa dimana ia boleh diselesaikan di ruang digital!
Digital telah mengubah industri perniagaan dan sudah tiba masanya untuk menyingkirkan kertas kerja. Meninggalkan kerisauan anda kepada CORPSO dan lawati www.corpso.com/my sekarang!