fbpx

Adakah Pemilikan Tunggal boleh Menikmati Segala Faedah?

Pemilikan tunggal adalah sebuah korporat yang dilaburkan dan dikendalikan oleh satu orang. Dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua hutang korporat dan juga menikmati semua faedahnya. Pemilik tunggal juga digambarkan sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara eksklusif oleh satu orang, dimana individu tersebut boleh menjalankan perniagaan sebagai entiti sah.   

Pemilikan tunggal adalah sebuah bentuk organisasi korporat dengan kos yang paling rendah. Ia juga merupakan syarikat kecil dan sederhana popular di Malaysia. Apakah kelebihan dan kekurangan pemilikan tunggal?

 

Menikmati Semua Keistimewaan

Proses pendaftaran dan penubuhan pemilikan tunggal lebih senang. Hal ini disebabkan penandatanganan dokumen dan mesyuarat lembaga pengarah dapat dikecualikan. Dengan bantuan syarikat kesetiausahaan dalam talian, penubuhan syarikat kini lebih pantas. Di samping itu, tidak ada batasan undang-undang dan peraturan yang banyak kepada penubuhan, pengurusan, dan pengambilan keputusan sesebuah pemilikan tunggal.

Pemilik tunggal dapat menikmati segala keuntungan daripada korporatnya. Keuntungan ini tidak diagihkan berdasarkan kadar saham dan juga tidak ada pembahagian bonus akhir tahun. Selain itu, pemilik tunggal tidak perlu membayar yuran cukai pendapatan korporat, dimana ia hanya perlu membayar pendapatan peribadi berdasarkan keuntungan yang dihasilkan oleh korporat.

Kawalan, pengurusan, dan keuntungan aset korporat semuanya dimiliki oleh satu orang. Pemilik tunggal bebas membuat keputusan peribadi mengenai operasi syarikat. Oleh itu, pemilikan tunggal adalah platform terbaik untuk menyampaikan semangat keusahawanannya, dan perniagaannya boleh dijalankan tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Hal ini juga dapat mewujudkan jenama dan gaya unik.

 

Menanggung Semua Risiko

Walau bagaimanapun, pemilikan tunggal mesti menanggung semua risiko dan tanggungjawab ekonomi. Apabila menghadapi kemuflisan, peminjam berhak untuk menahan harta pemilik tunggal. Selain itu, pemilik tunggal juga sukar untuk mengumpul dana besar. Oleh itu, pemilik tunggal tidak dapat mengembangkan dan mengendalikan perniagaannya secara besar-besaran dengan aset peribadi yang terhad; dimana ia tidak dapat meningkatkan pendapatan melalui saham atau pelaburan lain. Pinjaman peribadi yang besar untuk pemilik tunggal juga amat susah.

Kesinambungan hak milik tunggal juga tidak begitu memuaskan. Tempoh hak milik tunggal dihadkan oleh jangka hayat pemilik tunggal. Syarikatnya akan dijejas sama ada pemilik tunggal menjatuh sakit atau meninggal dunia .

Pemilikan tunggal adalah seperti diktator yang memegang semua kuasa di mana dia juga perlu menguruskan segala perkara. Namun begitu, terdapat beberapa program yang dapat kami bantu dan mempermudahkannya. ​​Ingin mengetahui bagaimana syarikat anda boleh beroperasi dengan lebih lancar? Hantarlah mesej peribadi kepada kami untuk maklumat lanjut.

Share your love