fbpx

Cukai Jualan dan Perkhidmatan Malaysia (SST): Apakah yang perlu diketahui oleh PKS?

Pada 1 September 2018, rakyat Malaysia telah diumumkan bahawa kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan tamat, dan ia telah digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebagai tulang belakang ekonomi negara, apakah yang perlu diketahui oleh para pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengenai SST ini? Sila merujuk kandungan di bawah untuk maklumat selanjutnya.

 

Apa itu SST?

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diperuntukkan oleh orang bercukai. Walau bagaimanapun, SST berfungsi secara berasingan sebagai Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

Cukai Jualan: Cukai berperingkat tunggal yang dikenakan ke atas barangan diimport dan buatan Malaysia semasa pengimportan dan pengeluaran.

Cukai Perkhidmatan: Cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu oleh orang bercukai di Malaysia.

 

Perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan

Cukai JualanCukai Perkhidmatan
KadarAda Yang Dikecualikan, 5% atau 10% (Sila rujuk sini)6%
Dikenakan ke atas
  • Barangan bercukai, buatan Malaysia, dikenakan semasa dijual, atau dilupus
  • Barangan bercukai yang diimport ke Malaysia
Perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh pihak yang telah mendaftar perniagaan di Malaysia
Tidak dikenakan ke atasBarangan yang disenaraikan di bawah Cadangan Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai Jualan);

Aktiviti perkilangan tertentu dikecualikan oleh Menteri Kewangan melalui Cadangan Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pendaftaran).

Perkhidmatan Yang Diimport
Siapakah yang mesti mendaftar?Pengilang yang menghasilkan barangan bercukai:

  • Ambang jualan melebihi RM500 ribu dalam Pengilang dan Subkontraktor pada tempoh 12 bulan yang lalu;

NOTA: Syarikat tertentu adalah wajib mendaftar, manakala yang lain boleh mendaftar secara sukarela.

Sesiapa yang memberikan perkhidmatan bercukai perlu mendaftar jika ambang perkhidmatan bercukai tersebut melebihi nilai tertentu dalam tempoh 12 bulan.

Nilai ambang untuk sektor:

Makanan & Minuman – RM1.5 juta

Kad Kredit, Perkhidmatan Penghantaran Barangan – Tiada ambang

Perkhidmatan lain – RM500 ribu

Bilakah ia perlu dibayar?Asas akruan

  • Semasa barangan bercukai dijual, dilupus, atau mula diguna
Asas pembayaran

  • Semasa bayaran diterima untuk perkhidmatan bercukai yang diberikan
Pembayaran2 bulan sekali2 bulan sekali

 

Garis Panduan Permohonan Pengecualian SST

Anda perlu mendaftar perniagaan anda melalui laman web MySST

Walaupun perniagaan anda dikecualikan Cukai Jualan di bawah Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018, namun permohonan masih perlu dibuat melalui laman web MySST.

 

Garis Panduan Pengemukaan Pulangan SST

Anda boleh mengemukakan pulangan SST dalam talian melalui sistem CJP atau memuat turun dan mengisikan Borang SST-02, dan selepas itu menghantar kepada Pusat Pemprosesan Kastam (CPC).

 

Garis Panduan Pembayaran SST

Anda boleh membuat pembayaran SST melalui sistem CJP. Sila ambil maklum bahawa had transaksi akaun bank korporat adalah RM 100 juta, manakala akaun bank individu adalah RM100 ribu.

Selain daripada perbankan dalam talian, anda boleh membuat pembayaran melalui cek atau draf bank yang dibuat atas nama Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan mengirimkannya ke CPC.

 

Soal SST ini kelihatan rumit? Adakah anda memerlukan bantuan mengenai pendaftaran SST? CORPSO sentiasa bersedia untuk membantu dan akan mengambil langkah yang terbaik bagi memastikan pendaftaran SST anda lancar seperti air!

 

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai SST, sila melayari https://mysst.customs.gov.my/FAQServicesTaxv

Share your love