4 Sebab Perniagaan Anda Harus Menggunakan Tandatangan Elektronik
Sama ada melindungi alam sekitar atau meningkatkan kecekapan kerja, pejabat di seluruh dunia telah memasuki era tanpa kertas secara beransur-ansur. Dokumen tidak lagi perlu dicetak untuk semakan, malah dokumen yang memerlukan autograf boleh ditandatangani secara elektronik. Sejauh mana anda faham mengenai tandatangan elektronik? Adakah anda masih berasa ragu-ragu mengenai teknologinya? Baca lagi untuk mengetahui lebih lanjut!
Apakah tandatangan elektronik?
Menurut Akta Perdagangan Elektronik (ECA) 2006, tandatangan pada dokumen elektronik dan tandatangan yang diimbas dianggap sebagai tandatangan elektronik. Kedua-duanya mempunyai kedudukan undang-undang yang sama selagi ia berpatutan dengan perundangan.
Kelebihan Tandatangan Elektronik
- Intuitif dan Mudah
Pelaksanaan tandatangan elektronik adalah mudah dengan menggunakan skrin peranti sahaja dan bukannya atas kertas. Dengan tandatangan elektronik, usahawan hanya perlu menentukan penandatangan dan penerimanya serta menghantar pautan selamat yang berkaitan kepada penerima. Proses ini mudah difahami kerana penerima hanya menandatangani dokumen sama ada melalui stilus atau jari.
- Tahap Keselamatan Tinggi – Persetujuan Terbukti oleh Penandatangan
Tidak dinafikan bahawa tandatangan elektronik mempunyai tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding dokumen kertas tradisional. Hal ini disebabkan teknologi tandatangan elektronik dapat menjejak e-mel antara pihak-pihak yang berkaitan. Tandatangan elektronik membolehkan kami menjejak masa, lokasi dan penandatangan tandatangan dokumen tersebut. Audit juga akan mempunyai catatan yang jelas mengenai setiap tindakan pada dokumen berdasarkan cap masa dan alamat Protokol Internet (IP). Kebenaran log masuk adalah diperlukan sepanjang masa. Oleh itu, hanya penandatangan dan pihak yang berkaitan mempunyai akses ke dokumen yang sulit tersebut.
- Lebih Efektif
Segala urusan akan dipermudahkan apabila semua proses dipindah ke talian. Anda boleh menjimatkan masa dalam penghantaran dokumen kerana kehadiran secara peribadi ke pejabat tidak lagi diperlukan. Tandatangan elektronik juga membenarkan pengesahan dari jarak jauh, menggantikan cara kelulusan dokumen tradisional di pejabat. Justeru itu, anda boleh mencapai apa-apa perjanjian dalam beberapa saat tanpa percetakan, pengimbasan, dan pemfailan yang membosankan. Kecekapan kerja yang lebih tinggi melambangkan kesediaan anda dalam memimpin dunia perusahaan yang mengutamakan kepantasan dan keserbagunaan ini.
- Kos yang Lebih Rendah
Tandatangan elektronik menjimatkan kos perbelanjaan atas kertas, bayaran pos, bekalan surat, fail, dan lain-lain. Masa itu emas bagi pelabur yang berada di luar negara. Dengan tandatangan elektronik, mereka dapat berfokus pada perkara penting lain yang membawakan lebih banyak pendapatan.
Tandatangan elektronik kini banyak digunakan dalam transaksi perniagaan, urusan persendirian, urusan undang-undang, dan juga dalam beberapa dokumen rasmi kerajaan. Ingin menerapkan tandatangan elektronik untuk perniagaan anda? Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut!