【PenjanaKerjaya 2.0】Dapatkan Lebih Banyak Faedah Apabila Anda Mengupah!
Apa itu PenjanaKerjaya 2.0?
Penjana Kerjaya 2.0, atau Program Insentif dan Latihan Pengambilan Pekerja 2.0, merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sejak 1 Januari 2021, ia berusaha untuk menggalakkan majikan melakukan pengambilan pekerja. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memberi ganjaran kepada majikan sebanyak RM4,000 hingga RM6,000 bagi setiap pekerja yang mereka upah. Selain itu, ia juga membekalkan insentif tambahan seperti program latihan dan bantuan pergerakan.
Program ini terpakai kepada semua majikan yang menghantar permohonan mulai 21 Disember 2020. Manakala, mereka yang menghantar permohonan sebelumnya akan menerima kadar Perjana Kerjaya 1.0.
Siapakah yang LAYAK memohon PenjanaKerjaya 2.0?
Majikan daripada semua kategori industri yang telah berdaftar dengan PERKESO; dan Majikan yang berdaftar dengan SSM atau lain – lain pihak berkuasa seperti ROS, ROC, PBT, dan lain-lain.
5 kategori pekerjaan sepenuh masa yang boleh memohon PenjanaKerjaya:
Majikan manakah yang TIDAK LAYAK memohon PenjanaKerjaya 2.0?
Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung.
Majikan Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kedutaan dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).
Apakah kategori pekerja yang TIDAK LAYAK mendapat insentif di bawah PenjanaKerjaya 2.0?
- Pekerja yang telah atau sedang menerima dan tersenarai dalam Program PenjanaKerjaya 1.0, kecuali Perantis yang di bawah PenjanaKerjaya 1.0 yang diambil secara tetap / kontrak di bawah PenjanaKerjaya 2.0
- Pekerja yang telah atau sedang menerima dan tersenarai dalam Program Subsidi Upah (PSU).
- Pelajar praktikal yang masih belum tamat pengajian.
- Ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik atau anak yang diambil sebagai pekerja.
- Pekerja bukan warganegara.
Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0?
- Maklumat akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank)
- Maklumat nombor pendafaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh Pihak Bank (Business Registraton Number- BRN)
- Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja
- Maklumat akaun bank pekerja (salinan halaman hadapan Penyata Bank yang tertera nama pekerja, nombor akaun pekerja, nombor kad pengenalan dan nama bank)
- Perakuan / Self Declaration oleh majikan sekiranya pekerja tersebut terdiri dalam kategori Golongan Mudah Terjejas
- Kontrak Perkhidmatan Pekerja Baru yang perlu disimpan sebagai bukti dan perlu dikemukakan kepada PERKESO sekiranya perlu
Bilakah tarikh tutup permohonan PenjanaKerjaya 2.0?
- Tarikh akhir permohonan untuk insentif PenjanaKerjaya 2.0 adalah pada 30 Jun 2021.
- Sekiranya majikan mengemukakan permohonan pada 30 Jun 2021, mereka akan dibayar sehingga Disember 2021. Manakala bagi Program Perantisan, majikan akan dibayar sehingga September 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai PenjanaKerjaya 2.0, sila rujuk:
https://www.myfuturejobs.gov.my/wp-content/uploads/2020/12/HIP-Penjana-Kerjaya-FAQ-BI.pdf
Singkirkan kekhuatiran anda mengenai pengupahan dan kembangkan perniagaan mengikut kehendak anda. Melantik seorang setiausaha syarikat daripada CORPSO hari ini agar anda dapat mengikuti segala peraturan dan undang-undang kerajaan terkini.